Wednesday, April 20, 2011

Dari mana datangnya itu semua dalam hidup aku ini ?

Disini aku ingin menceritakan macam mana aku boleh mencampakkan diri aku ke lembah - lembah muzik underground Malaysia.  Influence terbesar aku ialah movie yang menayangkan cerita mengenai perjuangan pemuzik sama ada baru mahupun lama dalam bidang tersebut.  Jadi, lama - kelamaan datang minat itu, aku mula dengan beli cd audio soundtrack movie yang aku tengok tu. Lepas itu aku research lah pasal band - band yang aku dengar tuh, boleh bertambah dan bercambah sedikit demi sedikit knowledge aku tentang muzik.  Aku ingat lagi gigs pertama aku pergi, sama kawan lama aku, tomok, is kadok, ieza, ara, dan john.  Masa tu, semua kemarok cerita KAMI.  Dan pada masa yang sama gigs yang kami pergi tu ade bittersweet, the times dan yang lain itu aku ta ingat la. Bermula dari saat itu aku makin dekat, dekat lagi dengan gigs dan ada juga kenalan giggers yang membuat persembahan ataupun yang datang melonjakkan diri menghayati irama yang disampaikan.  Sehingga kini, aku masih lagi mengunjungi gigs yang terdekat dan kebanyakkannya gigs, show, or event sekalipun, mereka sudah sedia mengINVITE aku. Aku sangat berterima kasih pada mereka atas dasar jasa baik mereka terhadap rakan - rakan seperjuangan, samada performer atau audience.  
 
Gambar yang aku letak sekali dalam entry kali ini memang sangat ada kena mengena, iaitu, Scott Pillgrim dan Ramona Flowers. Muzik mereka dalam movie Scott Pillgrim vs The World banyak bagi influence pada aku. Ada juga cerita lain, macam The School Of Rock yang dilakonkan oleh Jack Black, Bandslam turut dilakonkan oleh Alyson Michalka, Vanessa Hudgens dan Gaellan Connell.  Cerita yang sebegini turut memberi aku ilham dan cara bagaimana mereka dapat teruskan perjuangan seni mereka sambil menempuhi pelbagai rintangan dan halangan.  
 
Sekian, terima kasih.
 
Cerita ini disampaikan atas dasar terlalu bosan dan terlalu obses dengan muzik petik gitar dan hentak dram.
 
masa : 1257
hari : Selasa
tarikh : 20/4/2011
mood : Bosan