Monday, April 18, 2011

Aku dan irama sekelilingku.

Kepala aku kusut, penuh dengan irama hentakan drum, petikan gitar tanpa henti, nyalakkan manusia bercerita seni kepada aku, berteriak sambil orang sekelilingku melonjak - lonjak tanpa menghiraukan siapa kiri dan kanan mereka.  Kenapa kakiku hentak ke lantai ? Kenapa bila orang itu tengok persembahan langsung, mesti dia tumbuk terajang orang sekeliling dia ?  Kenapa mesti kau menangis teresak - esak bila tengok artis kesayangan kau di pentas sambil pegang MIKROFON berbalut dengan black tape yang kononnya hampir rosak.  Hey kau ? Rambut kau panjang, aku suka, aku cemburu, aku nak juga.  hey kau ? Baju kau sendat. Jaket kulit yang koyak. Kenapa ? Seluar kau ketat kasut kau tinggi, sneakers agaknya kan ? Aku tak tau apa latar belakang orang yang macam engkau ni ? Tinggal dengan keadaan macam mana ?  Apa yang kau perjuangkan sebenarnya ?  Atau mencari nama ?  Atau kau ikhlas demi mencari rezeki yang halal ? Aku telah cuba mencari teman semacam engkau, boleh petik gitar, boleh ketuk - ketuk drum, dan yang boleh menyalak macam kuda.  Aku cuba berkawan dengan mereka.  Ternyata ada juga yang serius, dan ada yang mempersendakan apa niat dan tujuanku.  Ceteknya pemikiran mereka. Melayu atau semua manusia sama ?  Hanya nampak salah saja. ? Aku sangat tak faham.  Aku ke  pusat pengajian tinggi awam, di sini ada seorang dua yang hebat memetik gitar.  Aku cuba merapatkan diri dengan mereka.  Terus terang, susah nak masuk kepala mereka ni.  Jiwa kita berbeza.  jiwa kita tidak bergelumang dengan muzik yang aku idamkan, aku dengar dan aku goyangkan kepala sambil tumitku hentak ke bumi yang bertuah ini.  Aku akan terus mencari. kerana irama hidupku berubah - ubah. Mencari satu cara atau jalan agar irama itu kekal sebagai satu perjuangan seni anak Malaysia.
 
 
*hati kecil berteriak.
*sambil mendengar The Sounds - Painted By Number.
*sunyi dan bosan.