Ketika ini, puas aku merenung kanak - kanak bermain bergembira bersama teman - temannya. Teringat aku semasa kecil dahulu. aku kesana kemari, yang aku tahu ketika itu, hanya main, main dan terus main. Sungguh gembira. Hidup ketika itu sungguh indah. Tidak perlu fikirkan perkara - perkara lain. Tidaklah seperti aku sekarang ini. Banyak masalah melanda. Kalaulah aku dapat jadi kecil seperti mereka ini, tentu aku tidak akan sia - siakan waktu indah ini. Apa yang berputar dimindaku hanyalah kenanganku, kenakalanku. Tersenyum sinis aku. Walaupun agak sedih. Tapi itulah hakikat yang perlu aku terima.
Hari ini, "Hanafi awak sudah 19 tahun. Bangun dan bina hidup dengan sempurna. Jagalah diri kamu, tingkah - lakumu. Jalankan kewajipan kamu. Bergembiralah dihati kamu walau kamu tidak gembira di luaran."...
-foto oleh : Hanafi
-sedang mendengar : Aizat - Pergi
-Mood : Hujan lebat


